Sukan

Adam Adli sambut kontinjen CYG di KLIA

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim pada Selasa menyambut kepulangan kontinjen Malaysia pulang dari Temasya Sukan Remaja Komanwel (CYG) rinidad & Tobago.

Melalui hantaran di laman Faceboknya, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut bercadang untuk memberikan ganjaran sebagai insentif kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat dari CYG 2023.

“Berbangga dengan semua atlet kebangsaan kita. Hari ini menyambut kepulangan kontinjen Malaysia pulang dari Temasya Sukan Remaja Komanwel (CYG) Trinidad & Tobago,” tulisnya selepas menyambut kepulangan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang

Malaysia menamatkan temasya di kedudukan ke-14 yang mana mereka terikat dengan pasukan jemputan, Jersey.

pada acara itu, perenang muda negara, Goh Li Hen menghadiahkan pingat emas selepas mengungguli acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu pada 10 Ogos lalu.

Turut meraih satu pingat perak ialah atlet berbasikal trek wanita, Nur Alyssa Mohd Farid dalam acara pecut selain Lau New Joe yang membawa pulang pingat gangsa dalam acara lebuh raya lelaki.

Pencapiaan kali ini adalah lebih baik berbanding kutipan pingat mereka pada 2017 apabila kontinjen negara pulang dengan tangan kosong di Bahamas.

Selain menyambut kepulangan kontinjen tersebut, turut sempat menyambut kepulangan atlet berbasikal yang baru sahaja menamatkan kempen mereka dalam Kejohanan Dunia Para Sukan Berbasikal UCI 2023 Glasgow, United Kingdom.

“Tahniah kepada Nur Suraiya Muhammad Zamri, Farina Shawati Mohd Adnan, Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Muhammad Khairul Adha Rosol mendapat pingat gangsa dalam acara Team Sprint.

“Melalui pencapaian ini, kita dapat mengekalkan slot kelayakan ke Paralimpik Paris 2024 nanti,” tulisnya.

Related Articles

Back to top button