Semasa

MOSTI giat kumpul dana bangunkan Malaysia Science Endowment

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang memaklumkan, kementeriannya sedang giat membangunkan mekanisme pengumpulan dana khusus dengan sasaran RM2 bilion.

Lih Kang bercakap kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Dr Ranjeet Bhagwan Singh di Kuala Lumpur pada Selasa berkata dana tersebut bagi penubuhan Malaysia Science Endowment (MSE) yang telah diluluskan Parlimen pada 4 Ogos, 2022, dengan Akademi Sains Malaysia sebagai entiti pelaksana di bawah seliaan MOSTI.

Sehubungan itu jelasnya, mana-mana syarikat korporat atau individu yang mempunyai kekayaan yang menyumbang kepada dana tersebut akan diiktiraf atas komitmen mereka melaksanakan tanggungjawab korporat sosial.

Selain itu beliau berkata, penyumbang juga mempunyai peluang untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam membentuk trajektori yang berorientasikan sains, teknologi, inovasi, dan ekonomi.

“Melalui kolaborasi dengan pakar dan pemegang taruh, kerajaan akan memastikan tadbir urus yang telus serta penggunaan sumber dengan efektif, yang dikukuhkan lagi dengan strategi pelaburan yang berhemah,” katanya lagi.

Sementara itu pada Majlis semalam, Lih Kang menyampaikan geran berjumlah RM50,000 kepada Pensyarah Kanan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fazren Azmi

Ia bagi meneruskan kajian beliau bertajuk – “Bioengineered-Microalgae Oil Droplet as a Production Platform of Advances Immunogenic Protein Particles for Intranasal COVID-19 Nanovaccine Formulation”.

Difahamkan, sejak penubuhannya pada 1997, Tabung Amanah Kesihatan Dr Ranjeet Bhagwan Singh telah membiayai 27 projek kajian dan 11 bengkel teknikal.

Tabung tersebut merupakan inisiatif mendiang Dr Ranjeet Bhagwan Singh, yang telah diiktiraf sebagai seorang dermawan yang bidang perubatan dan sains kesihatan.

Related Articles

Back to top button