Pilihanraya

PH Johor tubuh jawatankuasa hadapi PRK Pulai, DUN Simpang Jeram

Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan mengambil mudah usaha mempertahan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN)Simpang Jeram yang bakal dipertandingkan melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 Sept depan.

Gabungan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak mereka akan membentuk satu jawatankuasa induk jentera pilihan raya bagi mendepani PRK tersebut.

“PH Johor tidak akan mengambil mudah terhadap dua PRK ini. Segala strategi akan diperhalusi bagi memastikan kemenangan.

“Pada masa sama, perbincangan bersama pihak Barisan Nasional (BN) negeri Johor juga sedang dijalankan atas semangat ‘Perpaduan Bawa Rahmah’,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, jawatankuasa tersebut akan diketuai Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayob pada 32 Julai lalu.

Ahli Parlimen Pulai selama dua penggal itu sebelumnya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiya, Alor Setar untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah sebelum kemudian disahkan mengalami pendarahan otak.

Sementara itu PH Johor dalam kenyataan turut berkata, pihaknya menyedari legasi ‘rahmah’, kerja keras dan tanda aras terbaik yang ditinggalkan Salahuddin sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat serta anggota kabinet Kerajaan Persekutuan.

Related Articles

Back to top button