Uncategorized

Hebahan bantuan ‘one-off’ RM500 di media sosial adalah palsu- MOF

Hebahan mengenai bantuan kewangan tambahan RM500 secara “one-off” untuk semua rakyat Malaysia yang tular di media sosial adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Melalui kenyataan sama,MOF menasihatkan orang ramai supaya menyemak sebarang sebarang dengan sumber rasmi kementerian agar tidak terkeliru.

“Sehubungan itu, orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya dan merujuk sumber rasmi Kementerian Kewangan untuk mendapat maklumat yang sahih,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di laman sosial termasuk Whatsapp satu hebahan berhubung bantuan kewangan tambahan RM500 secara “one-off” untuk semua rakyat Malaysia.

Hebahan palsu itu memaparkan pautan senarai bantuan kewangan bagi 2023.

Penularan poster yang mengelirukan ini bukan pertama kali dikesan.

Pada awal Julai lalu MOF menafikan maklumat yang tular di aplikasi Telegram mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600.

Kemudian sekali lagi MOF menafikan satu maklumat palsu mengenai pemberian ‘Elaun Madani’ kepada seluruh kakitangan awam.

Kementerian itu pada akhir Julai lalu berkata, maklumat itu yang ditularkan di media sosial adalah pembohongan dan pengguna media sosial diminta tidak terpengaruh atau menyebarkannya.

Related Articles

Back to top button