Semasa

PM utus takziah buat keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina hari ini.

Melalui satu hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau mendoakan agar semua ahli keluarga mangsa tragedi itu tabah menghadapi dugaan.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Denai Alam petang tadi.

“Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Pihak berkuasa polis petang tadi mengesahkan insiden membabitkan pesawat ringan itu yang terhempas atas lebuh raya Guthrie, dekat Elmina di sini, pada pukul 2.40 petang tadi.

10 termasuk orang kenamaan terbabit kejadian malang itu.

Jet Valet mengesahkan pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas adalah milik mereka dan akan memberikan kerjasama dan komitmen penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden melibatkan pesawat malang tersebut.

Related Articles

Back to top button