Pilihanraya

PRK Pulai: Pengundi digesa terus kesinambungan Payung Rahmah, sokong calon perpaduan

Rakyat di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram digesa meneruskan kesinambungan legasi Payung Rahmah yang dimulakan mantan wakil rakyat mereka, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor melalui satu kenyataan berkata, bagi tujuan itu, pengundi di PRK itu perlu menyokong calon kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September ini.

Dipihak gabungan tersebut pula, mereka akan terus komited memastikan kedua-dua kerusi itu kekal dimenangi dan dipertahankan.

“PH Johor tidak akan mengambil mudah terhadap dua PRK ini. Segala strategi akan diperhalusi bagi memastikan kemenangan.

“Pada masa sama, perbincangan turut dibuat bersama Barisan Nasional (BN) atas semangat kerajaan perpaduan,” jelas mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusi KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh.

PRK di kedua-dua kerusi tersebut diadakan ekoran kematian mengejut penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September ini.

Related Articles

Back to top button