AnwarSemasa

Anwar buat lawatan mengejut, tinjau fasiliti SK Desa Tasik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan pada Khamis.

Melalui satu hantaran di laman media sosialnya, Anwar menjelaskan lawatan itu bagi meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat untuk diguna warga sekolah.

“Saya tinjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat.

“Adalah menjadi harapan saya supaya warga sekolah khasnya para murid dapat menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini,” katanya .

Pengerusi Pakatan Harapan itu sebelum ini menegaskan hasrat supaya semua kemudahan terutama tandas di sekolah seluruh negara berada dalam keadaan baik.

Jelasnya ia bagi memastikan warga sekolah khasnya para murid menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif.

Bulan lalu, dalam kesibukan tugas hariannya, Anwar turut sempat meluangkan masa membuat lawatan mengejut ke dua sekolah di Sungai Besar, Sabak Bernam bagi meninjau keadaan infrastruktur dan situasi pembelajaran pelajar di sana.

Lawatan mengejut itu dibuat sebelum dan selepas beliau menghadiri dan merasmikan Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan.

Related Articles

Back to top button