Nasional

Konsep Malaysia Madani: Rakyat perlu masa untuk fahami, kata PM

Konsep Malaysia MADANI yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan perlu mengambil masa untuk difahami oleh seluruh rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beberapa pihak yang menyatakan konsep Malaysia MADANI telah gagal menarik pengundi melayu pada Pilihanraya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Saya tidak setuju sesetangah pihak menyalahkan orang melayu. Menyalahkan kefahaman mereka, mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama dan menakut nakutkan cina, DAP, saya tak setuju.

“Ini satu cabaran. Kita perlu santuni dan jelaskan kepada rakyat. Kerana jika PH menang, akan ada dakwaan menyatakan DAP berkuasa, habis rakyat, itu adalah kenyataan seminit di tiktok dan mungkin menyakinkan rakyat, saya tahu itu tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita pada satu acara di Kuala Lumpur semalam.

Tambah Anwar, konsep Malaysia Madani adalah menyeluruh dan bukannya mengenai wang berjuta dan berbilion ringgit.

“Tapi saya tak salahkan rakyat, kerana MADANI satu konsep menyeluruh, dia tidak tahu yang dia sokong itu kadang kadang orang kaya ratusan juta ringgit. Saya tak salahkan. Tapi pimpinan mesti berkerja keras memaknai dan menterjemahkan dasar ini,”

“Ia mengambil waktu. Ini bukan satu yang aneh. Seperti di Eropah yang ada kecanggihan dan ilmu pendidikan yang tinggi juga, sokongan kepada aliran perkauman dan agama seperti Nazi, semakin meningkatkan begitu juga di Amerika Syarikat, fahaman yang dipanggil Christian Rights yang keras juga semakin mendapat tempat,” katanya.

Related Articles

Back to top button