Negeri

Menteri Besar Selangor angkat sumpah Isnin ini

Menteri Besar Selangor akan mengangkat sumpah dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Alam Shah, pada pukul 11 pagi, 21 Ogos (Isnin) ini.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Pelantikan diadakan pada tarikh tersebut.

Dalam pada itu, baginda juga berkenan istiadat sama bagi pelantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dilakukan pada sebelah petang, pada pukul 2 di lokasi sama.

Terdahulu, gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) diumum menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor selepas menguasai 34 berbanding 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Related Articles

Back to top button