Nahas N28JV: Kotak rakaman suara ditemui
Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah menemui perakam suara kokpit (cockpit voice recorder) pesawat malang N28JV kira-kira jam 10.20 malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perakam tersebut merupakan salah satu komponen kotak hitam itu.
Perakam suara kokpit itu akan dibawa ke makmal dengan pemprosesan perakam tersebut akan dibuat pihak berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian malam tadi.
Dalam pada itu jelasnya, pihaknya kini sedang mencari satu lagi komponen kotak hitam, iaitu data rekod penerbangan (flight data recorder).
Exco Pahang Johari Harun antara enam penumpang terkorban selain dua kru pesawat. Seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal juga dilaporkan terbunuh akibat terkena serpihan pesawat.