Parlimen

Parlimen cadang naikkan denda untuk Ahli Parlimen kepada RM10,000

Mana- mana Ahli Parlimen yang melanggar peraturan terutama mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa sesi sidang Parlimen bakal boleh dikenakan denda maksimum RM10,000.

Memetik laporan media tempatan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia merupakan sebahagian daripada cadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa)1952.

“Akta ini akan dipinda termasuk menaikkan denda maksimum daripada RM1,000 kepada 10,000 kepada ahli Parlimen yang melanggar peraturan dalam usaha ke arah menjadikan Parlimen kelas pertama.

“Ini memastikan denda yang dikenakan kepada ahli Parlimen yang membuat kata-kata tidak berparlimen dan mereka juga boleh digantung daripada Parlimen,” katanya.

Menurut Johari, diharapkan pindaan akta itu dapat membentuk perbahasan sidang Parlimen yang lebih profesional.

“Akta ini akan digubal bagi memastikan ahli Parlimen menyumbang kepada kemajuan negara dengan menghentikan segala tindakan dan kata-kata yang tidak berparlimen.

“Saya harap sidang akan datang, kita akan dapat menghasilkan perbincangan yang lebih baik atau ahli Parlimen akan dikenakan RM10,000 atau keluar dari Dewan,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button