Semasa

7 Keluarga mangsa nahas N28JV layak terima pampasan Perkeso – Menteri Sumber Manusia

Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata, beliau telah mengarahkan Perkeso mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan Perkeso, sejurus menerima berita berhubung tragedi berkenaan.

Tambahnya, hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

“Melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Related Articles

Back to top button