Semasa

Nahas N28JV: Kerajaan sedia hulur bantuan buat keluarga Muhammad Hafiz

Kerajaan bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie 17 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, bantuan itu bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

“Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, saya sudah beritahu bapa mangsa (Muhamad Salleh Othman, 57) boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan.

“Saya hadir mewakili Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa,” katanya.

Steven ditemui pemberita selepas pengkebumian jenazah Allahyarham Muhammad Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung di Sungai Petani pada Sabtu.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sidam, Bau Wong Bau Ek.

Tragedi yang berlaku pada jam 2.48 petang Khamis itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi yang turut membawa Exco negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun terhempas dan mengorbankan 10 individu.

Muhamad Hafiz yang merupakan pekerja p-hailing yang kebetulan lalu di lokasi kejadian dan turut menjadi korban.

Related Articles

Back to top button