PM Anwar bakal bersama Tayyip Erdogan dalam Persidangan PBB bulan depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan akan bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan depan.
Jelas Anwar, pertemuan ituvadalah untuk menangani dan memerangi Islamofobia secara kolaboratif di pentas global, berikutan perbualan telefon antara kedua pemimpin itu awal bulan ini.
“InsyaAllah, saya akan bertemu dengan presiden Turkiye di New York bulan depan untuk membincangkan penyelesaian susulan dan cara untuk menangani Islamofobia.” jelas Anwar pada majlis perasmian Perhimpunan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabangsa Malaysia (MTHQA63) ke-63 di Kuala Lumpur malam tadi.
Dalam ucapannya semasa satu acara di Permatang Pauh awal bulan ini, Anwar mendedahkan bahawa Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama untuk menangani Islamophobia di pentas global.
Erdogan dilaporkan telah mencadangkan usaha sama untuk menerajui gerakan menentang naratif negatif tentang Islam.
Anwar menjawab secara afirmatif, menyatakan mereka akan membangunkan kertas kerja dan perbincangan seterusnya untuk mengukuhkan inisiatif itu.