Semasa

ADUN Batu Tiga tekad segera kotakan janji kepada pengundi

Masalah banjir, dan memperkasakan ekonomi anak muda antara perancangan yang akan dilaksanakan bagi memajukan kawasan Batu Tiga, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron tekad menunaikan janji dibuatnya dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu diusaha seberapa segera.

Ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Bengkung dan Sijil Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam pada Ahad beliau berkata isu banjir projek pembangunan, menaik taraf infrastruktur akan menjadi keutamaannya.

“Kami akan mengambil langkah lebih awal dengan melaksanakan program mitigasi banjir bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

“Ini kerana tiba sahaja musim tengkujuh pada hujung tahun, penduduk khuatir mengenai banjir yang mungkin melanda,”katanya.

Danial Al Rashid berkata, selain isu banjir, projek pembangunan yang melibatkan komuniti dan ekonomi anak muda turut diberi perhatian bagi memastikan kawasan diwakilinya akan terus maju.

“Banyak aktiviti melibatkan golongan muda boleh digerakkan terutama kepada mereka yang bekerja dalam ekonomi gig seperti menyediakan pusat latihan bagi menggilap kemahiran mereka bagi menambah pendapatan,” katanya.

Beliau juga turut memaklumkan telah mengadakan beberapa pertemuan dengan MBSA bagi masalah setempat antaranya isu sampah.

“Dalam tempoh seminggu ini juga saya bertemu Pesuruhjaya Bangunan (COB) mengenai perkara berbangkit di pangsapuri dan juga masalah mendapan di Alam Prima.

“Alhamdulillah saya mempunyai hubungan baik dengan MBSA dan meminta agar beberapa perkara atau masalah yang diajukan pendudukan diteliti,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button