hiburan

Caprice gesa henti cubaan jatuhkan kerajaan, fokus usaha bina semula negara

Penyanyi rap terkenal, Caprice menyelar sebarang bentuk usaha menjatuhkan kerajaan dan mendesak semua pihak berhenti bermain politik.

Tegasnya melalui rakaman di akaun instagram miliknya, negara memerlukan kestabilan politik bagi memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan kembali melalui kemasukkan pelabur.

“Boleh tak kita semua bersatu demi merdeka dan demi masa depan Malaysia, boleh tak?

“Inilah (jika asyik nak bertukar Perdana Menteri) sebab orang luar susah nak invest (melabur) dekat Malaysia. Kalau syarikat punya bos, asyik-asyik tukar, korang (kamu) yakinkah nak invest? Confirm tak.

“Hang (kamu) ingat nak bina negara ini, macam buat mi segera? Nak bina satu bangunan pun ambil masa empat tahun, nak buat konsert pun perlu enam bulan, ini nak bina negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan, sebarang tindakan menukar pemimpin persekutuan hanya berdasarkan rasa tidak puas hati tidak sewajarnya dilakukan, justeru beliau mengajak semua rakyat dan pemimpin berhenti bermain politik dan seterusnya memfokuskan usaha memulihkan semula negara dari pelbagai masalah dihadapi sebelum ini.

“Kita ini (Malaysia) sangat-sangat ‘unik’, (dalam tempoh) lima tahun, (sudah ada) empat Perdana Menteri. Korang (kamu) ingat kerajaan Malaysia macam spender ke apa? Tak puas hati, tukar, marah sikit, tukar”.

“Macam mana nak stabil kalau asyik-asyik nak tukar spender? (Marilah) sama-sama rapatkan saf, sama-sama baiki, sama-sama bina (negara),” katanya.

Related Articles

Back to top button