Nasional

Kor Sispa disaran libatkan diri dalam urusan pengurusan bencana

Pegawai-pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) disaran melibatkan diri dalam pemerkasaan komuniti dan pengurusan bencana tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, ini bagi memastikan mereka terus menjadi insan bernilai tinggi yang mampu berbakti dan memberi sumbangan kepada negara.

“APM kini telah diiktiraf dan diberi tanggungjawab lebih besar iaitu menjadi agensi tonggak dalam inisiatif pengurusan pengurangan risiko bencana berasaskan komuniti, sekali gus meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap komitmen tinggi kerajaan dalam menangani kejadian bencana yang semakin mencabar dan kompleks,” kata Wilson dalam ucapannya di Majlis Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebangsaan kali ke-14 2023 di Gombak.

Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2023 adalah merupakan penganjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Seramai lebih 587 orang Pegawai Kadet SISPA (PKS) dan 91 orang Pegawai Pengiring yang mewakili 20 buah kontinjen Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) serta Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah ditauliahkan pada majlis tersebut.

Objektif majlis ini memupuk integrasi nasional yang berteraskan semangat kesukarelawanan, sedia bekerjasama dan persaingan sihat dalam menguji kemahiran ilmu pertahanan awam.

Related Articles

Back to top button