Semasa

60 pelajar Kolej Komuniti Miri terima sumbangan Bakul Rahmah

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh pada Isnin menyempurnakan Majlis Penyerahan Bakul RAHMAH kepada 60 pelajar Kolej Komuniti Miri, Sarawak.

Menurut Fuziah sumbangan Bakul Rahmah itu dijayakan oleh beberapa badan berkanun dan sukarela termasuklah Yayasan Persatuan Islam Malaysia (Yapeim), Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Shell Miri, Palmer Sdn Bhd, Upmills Sdn Bhd, Everise Supermarket dan Pioneer Trading Sdn Bhd.

Antara sumbangan yang diserahkan adalah berupa barangan keperluan asas dan harian yang terdiri daripada Beras 5kg, minyak Masak 2kg, Biskut, Mihun, Gula, Tepung, Milo, Kicap, Sardin, Mi Sedap dan juga Teh.

“Sejak 11 Januari lalu, KPDN telah memperkenalkan Bakul RAHMAH sebagai salah satu program utama bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat di seluruh negara.

“Objektif utama pelaksanaan RAHMAH adalah untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Mekanisme pelaksanaan Bakul RAHMAH ini adalah secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan tidak mempunyai sebarang peruntukan daripada Kementerian mahupun Kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, sejak 11 Jan lepas, kementerian itu telah memperkenalkan Bakul Rahmah sebagai satu daripada program utama bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat di seluruh negara.

Objektif utama pelaksanaan Rahmah adalah untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dengan mekanisme pelaksanaan adalah secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan tidak mempunyai sebarang peruntukan daripada kementerian mahupun kerajaan.

Dalam pada itu jelasnya, kementerian amat berterima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu Kementerian dalam membantu golongan sasar.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan semua pihak bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir

“Kementerian berharap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama Kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Program Bakul RAHMAH ini,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button