Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad mahu jumpa PM Anwar di Temu Anwar Jakarta
Pelakon dan juga pempengaruh media sosial dari Indonesia, Raffi Ahmad menyatakan impiannya untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar akan ke Jakarta awal bulan depan dan Raffi berharap dapat bertemu beliau pada majlis Temu Anwar di Jakarta.
Hasrat tersebut dimuat naiknya menerusi video di Instagram Story.
Raffi berkata, dia bercadang untuk bertemu dengan Anwar ketika figura tersebut terbang ke Jakarta tidak lama lagi.
“Assalammualaikum, nama saya Raffi Ahmad. Assalammualaikum Pak Anwar, apa khabar Malaysia Madani? “Saya sebetulnya tak sabar ingin bertemu dengan Perdana Menteri di majlis Temu Anwar di Jakarta.
“Sampai ketemu insya-ALLAH 5 September 2023 di Jakarta. Sampai jumpa,” katanya.
Begitupun, Raffi tidak membutirkan alasan mengapa dia ingin bertemu dengan Anwar.