Pilihanraya

PRK DUN Pelangai : SPRM bermesyuarat Khamis ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan mengadakan mesyuarat pada Khamis bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Mesyuarat Khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berhubung tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan pada PRK tersebut.

Tambahnya, mesyuarat dijalankan susulan SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

“Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi N.36 itu perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan.

Related Articles

Back to top button