Uncategorized

Tindakan afirmatif harus berubah kepada dasar berasaskan keperluan, tegas Anwar

Dasar tindakan afirmatif harus berubah daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri itu dipetik temu bual eksklusif dalam rancangan “The CNBC Conversation” pada Jumaat lalu Anwar berkata, dasar yang dilihat terlalu menumpukan kepada kaum akhirnya hanya akan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Ia bukannya isu untuk memansuhkan (hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera) , ia adalah isu yang menumpukan kepada bidang yang penting untuk mereka. Kami tidak boleh bercakap mengenai meritokrasi tulen antara pedalaman Sarawak kepada sekolah-sekolah utama di Kuala Lumpur.

“Saya fikir hujah sama diguna pakai (kepada dasar tindakan afirmatif). Jika anda tumpukan kepada isu keperluan, keadilan dan kesaksamaan maka kami boleh meneruskan dengan dasar tindakan afirmatif ini,” katanya mengulas mengenai isu hak keistimewaan orang Melayu yang sering diperdebatkan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengambil contoh kepada Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya yang kemudian dikritik setelah ia digunakan rejim sebelum ini untuk mengayakan anak-anak dan keluarga mereka.

“Saya perlu untuk menoktahkan amalan ini … jika dasar ini sebagai contoh untuk menghasilkan usahawan baharu, untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka yang tidak berkemampuan, maka ia merupakan sesuatu yang pada minda saya bukan sahaja munasabah tetapi ia sangat mustahak,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button