Semasa

TPM Bantu pemuda terlibat kemalangan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim semalam.

Menerusi perkongsiannya di Facebook,Ahmad Zahid memberitahu kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC.

“Saya secara kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim.

“Kami bergegas membantu Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” katanya yang turut menitipkan doa agar mangsa tersebut segera sembuh.

Related Articles

Back to top button