Umum

Agong kurnia sumbangan kepada pemilik kenderaan struktur bangunan runtuh

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, sumbangan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Juruiring Polis kepada Seri Paduka, SAC Mohd Azani Omar.

Dalam insiden 16 Ogos lalu, 10 kenderaan rosak teruk ditimpa runtuhan sebahagian struktur bumbung Blok A Bangunan Sri Desa Kuchai.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa kesyukuran insiden runtuhan yang berlaku itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Related Articles

Back to top button