Semasa

Menteri KPKT cadang kios ubat diwujudkan di PPR

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mencadangkan supaya kiosk ubat-ubatan diletakkan di setiap kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Cadangan itu dilontarkan dalam satu sidang media selepas menyaksikan Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan antara KPKT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menurut Ahli Parlimen Taiping itu, beliau beliau terinspirasi daripada bangunan Kementerian Kesihatan yang mempunyai kiosk ubat-ubatan sendiri.

“Sekarang ada kiosk jual ubat di KKM, kita sedang mempelopori kemungkinan kerjasama yang mana kiosk ini diletakkan di kawasan PPR.

“Apabila anak-anak sakit waktu tengah malam, tidak perlulah ke farmasi kerana sudah ada kiosk ubat.

“Macam kita beli makanan ringan, mesin vendor ini boleh jual ubat seperti Panadol, vitamin dan lain-lain,” katanya pada Selasa.

Related Articles

Back to top button