Pelabur minat melabur di Malaysia berbanding dahulu
Minat pelabur antarabangsa terhadap Malaysia pada masa kini jauh lebih baik berbanding satu atau dua tahun yang lalu, kata Perdana Menteri.
Dalam ucapan pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKaD di Kuala Lumpur pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi itu dianggap sebagai perkembangan positif dalam melonjakkan ekonomi negara.
“Saya optimis bahawa dengan minat pelabur-pelabur antarabangsa berkembang sekarang jauh lebih baik daripada catatan satu (atau) dua tahun yang lalu.
“Itu satu sangat positif bagi kita kerana ia akan membantu melonjakkan ekonomi tetapi lonjakkan ekonomi itu harus beralih daripada pendekatan lama,” katanya beliau yang juga Menteri Kewangan.
Sementara itu tambahnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghentikan pembaziran rasuah dalam tadbir urus dan mengamalkan pendekatan yang lebih prihatin atau manusiawi.
“Ketiganya (fokus) pda isu dan bidang2 yang kita agak tinggalkan (ketinggalan) termasuk keselamatan makanan, soal transformasi digital, dan bidang-bidang teknologi maklumat (IT) yang nampak kita belum tingkatkan sepatutnya,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan dana tambahan sebanyak RM6 juta kepada program iTEKaD tahun ini sebagai usaha untuk terus memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah.