Nasional

Modul hadis untuk pelajar Islam sahaja – KPM

Modul baharu Hadis 40 Imam Nawawi yang bakal diperkenalkan di sekolah awam tahun depan adalah untuk pelajar Islam sahaja, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

Beliau berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan perkara itu semasa mesyuarat pasca Kabinet semalam.

“Kursus ini hanya melibatkan guru dan pelajar beragama Islam. Bagi sekolah Cina dan Tamil, hanya pelajar Islam sahaja yang perlu hadir, bukan pelajar bukan Islam. Ini sangat jelas.

“Menteri telah secara terbuka dan jelas menyatakan perkara ini kepada timbalan menteri, ketua setiausaha, ketua pelbagai jabatan, dan lain-lain yang hadir pada mesyuarat pascakabinet,” kata Lim.

Pada 19 Ogos lalu, Fadhlina melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai sabda atau hadis Nabi Muhammad di peringkat sekolah.

Modul itu akan diperkenalkan secara rintis melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebelum dilancarkan ke sekolah awam lain.

Related Articles

Back to top button