ekonomi

Dasar gaji progresif bakal dilaksana sebelum pertengahan tahun depan – Rafizi

Dasar gaji progresif dijangka dilaksanakan pada April atau Mei tahun depan, kata

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjangkakan dasar gaji progresif yang mahu diperkenal kerajaan akan dapat dilaksana pada April atau Mei tahun depan.

Beliau ketika diminta mengulas perkembangan dasar gaji progresif dan peruntukan bagi pelaksanaannya berkata, sasaran itu mengambil kira peruntukan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang dijadual dibentang pada Oktober.

” (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) sudah memberikan indikasi jumlah, kita akan melalui proses belanjawan,” katanya dalam sidang media selepas majlis di Asia School of Business di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai dasar itu, Rafizi turut memaklumkan ia sudah mendapat kelulusan dalam pendekatannya, namun perlu melalui konsultasi dengan pihak berkepentingan, termasuk beberapa perincian lain.

“Kita juga akan melihat pada peringkat mana ia akan dilaksanakan, seperti kumpulan spesifik mana yang akan terbabit dan itu akan menggambarkan komitmen kewangan daripada kerajaan,” Tambahnya.

Perdana Menteri pada 7 Ogos berkata dasar gaji progresif adalah bersifat sukarela, selain berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.

Related Articles

Back to top button