Global

Malaysia – Turkiye kerjasama tangani Islamofobia

Turkiye dan Malaysia akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka serta bersama-sama menangani kebimbangan berkaitan Islamofobia.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan melalui satu kenyataan berkata perkara itu dibincangkan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam lawatannya ke Iran baru-baru ini.

“Semasa pertemuan itu, perbincangan diadakan mengenai potensi jalinan kerjasama mengenai hubungan dua hala kami dan isu Islamofobia,” lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, Zambry mengadakan pertemuan dua hala dengan Fuad susulan perbincangan yang diadakan di luar Mesyuarat Menteri Biro Penyelaras Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 5 Julai 2023.

Lawatan Zambry ke Iraq, menandakan lawatan rasmi pertamanya ke republik itu sejak memegang jawatan pada 2 Disember 2022, dan diiringi pegawai kanan kerajaan daripada kementerian dan ahli perniagaan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Ogos lalu memaklumkan akan bertemu engan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di New York, bulan depan.

Prtemuan itu jelasnya bertujuan untuk membicarakan dan menangani isu Islamophobia di peringkat global.

Related Articles

Back to top button