Semasa

Muhammad Qayyim dinobatkan Johan Qari (MTHQA) Ke-63

Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, dinobat sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M malam tadi.

Pada kejohanan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu, Muhammad Qayyim yang berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan itu memperoleh markah sebanyak 94.96 peratus.

Beliau juga merupakan johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini yang acaranya dirasmikan perdana menteri.

Sementara itu, Sara Belmamoun dari Maghribi pula dinobatkan sebagai johan tilawah kategori qariah.

Omar Toure dari Guinea dan Tebani Cheyma Enfal dari Algeria dinobatkan sebagai johan bagi kategori hafazan lelaki dan wanita.

Keempat-empat mereka membawa pulang hadiah emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai, piala iringan dan sijil.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Related Articles

Back to top button