Semasa

Persatuan hargai usaha kerajaan semarakkan pemakaian batik

Langkah terbaharu kerajaan membenarkan penjawat awam memakai busana batik pada hari bekerja mendapat penghargaan dari Persatuan Batik Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Budi Penyayang Malaysia merangkap Yang Dipertua Persatuan Batik Malaysia, Datuk Leela Mohd Ali dipetik laporan media berkata, di sebalik pengumuman itu beliau berharap ia akan dapat merancakkan dan memajukan lagi industri batik tempatan.

“Marilah kita semua berbangga memakai batik Malaysia,” katanya dipetik.

Pada Selasa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan kerajaan akan melaksana perubahan budaya di semua premis kerajaan.

Ia antaranya menukar kod pakaian agar sesuai dengan cuaca di Malaysia dengan semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain digalakkan.

Peraturan itu berkuat kuasa pada 21 Ogos 2023 seperti dinyatakan dalam surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Related Articles

Back to top button