Anwar

PM Anwar rakam ucapan tahniah kepada Muhammad Qayyim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang lain yang menerima pengurniaan hadiah daripada Sultan Perak.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa yang dengan Pengurniaan Hadiah daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

“Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan al-Quran, malah dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam al-Quran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Muhammad Qayyim, 25, yang merupakan Qari Malaysia dan juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan muncul juara bagi kategori lelaki dengan catatan markah 94.96 peratus.

Beliau dilaporkan mendalami dan mempelajari skil bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille.

Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus, manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

Related Articles

Back to top button