GlobalUncategorized

Denmark bakal larang pembakaran al-Quran

Denmark dilapor memaklumkan rancangan untuk melarang pembakaran al-Quran selepas rentetan penghinaan terhadap kitab suci Islam di negara Scandinavia .

Menteri Undang-Undang, Peter Hummelgaard bercakap kepada pemberita menegaskan pembakaran al-Quran adalah tindakan yang pada asasnya menghina dan tidak bersimpati sehingga boleh memudaratkan Denmark dan kepentingannya.

“Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) yang akan melarang perlakuan tidak sesuai terhadap objek mempunyai kepentingan agama yang penting kepada komuniti.

“Kami tidak boleh terus berdiam diri, sementara beberapa individu melakukan segala yang mereka mampu untuk mencetuskan reaksi ganas,” katanya.

Hummelgaard turut menjelaskan perundangan baru itu akan dimasukkan dalam Bab 12 Kanun Keseksaan Denmark, yang meliputi keselamatan negara yang menjadi keutamaan bagi pelaksanaan larangan itu.

Malaysia sebelum ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia pemimpin parti politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan negara Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahimpada Januari lalu menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan keji itu serta memastikan langkah drastik pada masa depan untuk menangani kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di negara berkenaan.

Related Articles

Back to top button