Semasa

KPM cari jalan selesai isu pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen – Fadhlina

Kementerian Pendidikan, memberi perhatian serta komitmen besar kepada bidang pendidikan terutama dalam soal kebajikan murid serta pembangunan sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan Fadlina Sidek berkata, isu kanak-kanak tanpa dokumen serta bukan warganegara dan keperluan lain sekolah, akan menjadi perhatian kementerian bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi diambil tindakan susulan.

“kita lihat pelbagai pihak memberikan bantuan dan sokongan melalui program-program khusus daripada komuniti untuk membantu anak-anak kita bersekolah.

“Insya-Allah program dan rangka kerja lawatan seperti ini adalah komitmen terbesar daripada pihak KPM khususnya yang kita namakan khusus tindak susul parlimen.” katanya dipetik laporan RTM.

Fadhlina dalam lawatan kerja dua hari di Tawau, Kunak serta Semporna yang merupakan daerah di Pantai Timur Sabah bagi Program Tindak Susul (PTS) Parlimen.

Lawatan PTS adalah berbeza dengan rangka kerja lain kerana melibatkan isu-isu yang dibangkitkan dalam Parlimen untuk kepentingan serta keperluan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak.

Lawatan kali ini adalah melibatkan isu kepada akses pendidikan kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara.

Related Articles

Back to top button