Semasa

Menantu Muhyiddin, peguam dalam senarai dikehendaki Interpol

Menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bersama seorang lagi individu yang sebelum ini dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah diletakkan dibawah senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).

Menurut Utusan Malaysia, tindakan terbaharu Interpol itu telah disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Ya,sudah. Tindakan notis merah dikenakan terhadap mereka,” kata Razarudin menurut laporan itu.

Muhammad Adlan Berhan yang berkahwin dengan anak perempuan Muhyiddin dan Mansoor Saat, tokoh penting dalam NERS Sdn Bhd dikehendaki SPRM sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung projek yang melibatkan pendaftaran dan penyimpanan maklumat biometrik untuk pekerja asing.

Mereka bagaimanapun didakwa melarikan diri ke negara lain melalui sempadan Johor sejak Mei lalu.

SPRM sebelum ini memberi amaran akan memohon Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) sekiranya mereka tidak muncul membantu siasatan.

Muhammad Adlan menerusi peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu, menegaskan tidak melarikan diri daripada pihak berkuasa, sebaliknya akan kembali ke tanah air untuk membantu siasatan selepas selesai segala urusannya.

Related Articles

Back to top button