Semasa

Kerajaan terus komited selesai isu dihadapi masyarakat Orang Asli

Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus komited untuk menyelesaikan setiap masalah asas masyarakat Orang Asli, termasuk isu tanah rizab.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (NERCC) berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan dengan pihak -pihak berkaitan.

“Perkara ini melibatkan beberapa pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), kerajaan negeri, pihak berkuasa negeri. Jadi ini yang cuba kita bawakan untuk pperhatian Istana Negara. Forum ini merupakan sesuatu yang baik kerana perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri turut terlibat.

“Jadi perkara itu boleh dibincangkan dan dapat dilihat secara menyeluruh berkenaan tanah rizab orang asli dan juga soal perhutanan. Ia berikutan banyak pertindihan yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Tanah Orang Asli kali ke-12 di Petaling Jaya pada Sabtu.

Sementara menurut Nik Nazmi, cadangan bagi mewujudkan tabung pemberian pampasan kepada pekebun dan pemilik tanaman yang rugi akibat serangan hidupan liar bakal dibawa dalam Belanjawan 2024.

“Kini kerajaan memberikan pampasan namun ianya melibatkan kerugian berpunca daripada hidupan liar, tetapi ianya tidak termasuk kerugian kepada hartanah atau kebun.

“Jadi apa yang dirancang akan dibincang bersama Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu. Kami akan bawakan permasalahan ini dalam belanjawan. Ia mungkin mengambil masa sebelum diputuskan,” katanya.

Related Articles

Back to top button