Semasa

KKM akan lepaskan nyamuk aedes berwolbachia sebagai usaha tangani denggi

Kementerian Kesihatan (KKM) terus akan melepaskan nyamuk aedes berwolbachia sebagai usaha menangani kes demam denggi.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pelepasan itu akan dijalankan secara berperingkat menerusi Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia di lokaliti-lokaliti yang dikenal pasti mencatatkan peningkatan kes.

“Pelepasan berterusan akan dilakukan untuk lokaliti sedia ada mengikut jadual ditentukan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang memilih lokaliti baharu untuk pelepasan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MADANI Afiat Peringkat Negeri Johor dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Segamat pada Sabtu.

50 juta nyamuk aedes berwolbachia telah dilepaskan ke 28 lokaliti di Pulau Pinang,Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor sepanjang tempoh Julai 2019 hingga Mei lalu.

Setakat ini jelasnya lokaliti pelepasan di Selangor adalah yang terbanyak iaitu 10 dan diikuti Kuala Lumpur (7).

Sementara itu ketika mengulas program gotong royong yang diadakan beliau menjelaskan, seramai seramai 415 sukarelawan dari MyCHAMPION COMBI dari daerah Segamat dan Hero Kebersihan dari SWCorp, serta agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam program itu.

Aktiviri gotong royong turut melibatkan aktiviti pemeriksaan kebersihan persekitaran bagi pengawalan demam denggi di kawasan berkenaan.

“Sejak Januari hingga 12 Ogos lepas, KKM melaporkan 73,680 kes berbanding 33,911 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan 117 peratus. Bagi kes kematian pula, 53 kes dilaporkan berbanding 22 kes pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 141 peratus.

“Justeru dengan aktivit gotong sebegini, kita akan dapat menghapuskan tempat pembiakan Aedes sebagai usaha mengekang kejadian demam denggi yang boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Related Articles

Back to top button