Uncategorized

Modul Tuisyen Rakyat Selangor bantu pelajar hadapi SPM diedar mulai September ini

Modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diedarkan bermula September depan.

Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dipetik laporan portal milik kerajaan negeri, Selangorkini berkata program diperkenal sejak pandemik Covid-19 dijangka memanfaatkan seramai 65,000 pelajar daripada 277 sekolah.

Menurut Saipolyazan M Yusop, sebanyak 272 merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan selebihnya Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS).

“Mereka akan menerima enam mata pelajaran iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, sains dan sejarah dan matematik tambahan. Semua modul ini akan mula diagih bermula September depan.

“Mereka bukan sahaja menerima modul pembelajaran tetapi diberikan makanan tengah hari untuk sepanjang mengikuti tuisyen,” katanya.

Beliau berkata begitu pada program sumbangan di Rumah Anak Yatim Al-Munirah di Klang semalam.

MBI pada minggu lalu mengumumkan memperuntuk lebih RM10 juta kepada pelajar dan sekolah bagi memperkasa sektor pendidikan negeri.

Peruntukan itu merangkumi pelaksanaan PTRS, bantuan Kembali Ke Sekolah selain sumbangan infrastruktur sekolah.

Related Articles

Back to top button