Semasa

PM bakal sampaikan amanat Hari Kebangsaan, seru rakyat zahirkan rasa cinta kepada negara

Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan pada 2 petang, Rabu ini (30 Ogos).

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, majlis itu bertujuan untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara serta menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia

“Majlis ini juga diharapkan dapat menjadi wadah untuk kita kekal bersatu mendukung semangat perpaduan Malaysia MADANI,” katanya menerusi satu video yang disiarkan di Facebooknya pada Sabtu.

Tambah Mohd Zuki, majlis tersebut bakal diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan orang ramai dijemput untuk memeriahkan berkenaan.

Selain itu, majlis berkenaan juga dapat ditonton melalui stesen televisyen tempatan secara langsung.

Related Articles

Back to top button