Anwar

Kerajaan Perpaduan bertekad akan terus perkasa hal ehwal Islam – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah rahmat kebaikan Islam juga dirasai masyarakat bukan Islam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas kesudian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini.

Anwar berkata, usaha itu bukan sahaja untuk memanfaatkan umat Islam semata-mata malah turut membabitkan masyarakat bukan Islam.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.

“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,” katanya.

Related Articles

Back to top button