Sukan

Sukan Asia 2022: tugas kerajaan bantu atlet sebaik mungkin, kata Menteri

Prestasi kurang memuaskan kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja baru-baru ini, masih dapat diperbaiki dan ditambah baik

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh berkata begitu sebagai mengulas persiapan kontinjen negara ke temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt

Menurut Hannah,keyakinan itu berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang sentiasa membantu persiapan atlet untuk ke temasya sukan itu.

“Semua penambahbaikan sedang berjalan, lepas Sukan SEA itu kita telah buat post mortem dan turut kerjasama dengan Nippon Sports Science University (NSSU).

“MSN dan MOM sentiasa bekerjasama, untuk pastikan kita tutup apa-apa jurang yang ada sekarang,” katanya selepas menghadiri perlawanan akhir Trofi Tuanku Muhriz 2023, di Seremban pada Ahad.

Majlis penyampaian pingat perlawanan akhir itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selaku Penaung Persatuan Squasy Negeri Sembilan.

Sementara itu ketika mengulas sasaran pingat di Sukan Asia, Hannah berkata pihaknya masih menunggu keputusan beberapa kejohanan lagi, sebelum ia diumumkan oleh Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) tidak lama lagi.

“Ini ialah sukan, bergantung kepada atlet, harap mereka dapat sokongan terbaik, tugas kerajaan bantu mereka sebaik mungkin, bila mereka masuk gelanggang ia terpulang pada mereka,” katanya.
Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt.

Related Articles

Back to top button