Uncategorized

Peruntukan RM2 bilion bagi fasiliti peralihan tenaga – PM Anwar

Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion sebagai dana asas untuk kemudahan Peralihan Tenaga Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia memastikan kelancaran sumber kewangan bagi projek peralihan tenaga yang berdepan kekangan pinjaman dan potensi pulangan pasaran.

Menurutnya, ia adalah titik permulaan kepada peralihan tenaga arus perdana dalam naratif pembangunan negara, yang positif serta mampan kepada sektor tenaga dan ekonomi.

“Dalam dekad ini sahaja, kerajaan memerlukan antara RM60 bilion dan RM90 bilion untuk diperuntukkan bagi projek penting, antara lain pengembangan pengangkutan awam, pengukuhan infrastruktur grid, dan latihan semula modal insan.

“Memandangkan keadaan semasa Malaysia dalam teknologi penyahkarbonan yang belum matang, kemajuan kita akan bergantung kepada sumber tenaga alternatif dan kemantapan kerjasama serantau dan antarabangsa,” ,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Dengan peruntukan RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional, kerajaan menyasarkan 70 peratus kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050.

Anwar berkata, Majlis Tenaga Negara akan diaktifkan untuk memastikan pembangunan dasar dan perancangan tenaga holistik termasuk memantau Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Melaluinya ia dapat menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di samping meningkatkan penyertaan pelaburan domestik dan asing dengan memastikan kesinambungan bekalan tenaga hijau negara.

Related Articles

Back to top button