Sukan

KBS beri suntikan geran untuk persatuan penulis sukan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh malam tadi mengumumkan suntikan geran sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Berucap pada Majlis Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022 di sebuah hotel di Petaling Jaya, beliau berkata peruntukan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu bagi mengasah bakat dalam kewartawanan sukan.

“Dana yang disalurkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) adalah untuk tujuan latihan dan kemahiran bagi penulis sukan negara untuk meningkatkan lagi kualiti kewartawanan.

“Saya harap geran ini digunakan sebaik mungkin untuk mempergiatkan lagi kursus bagi membantu wartawan di Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Pada majlis itu juga, jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan juara badminton para dunia Cheah Liek Hou masing-masing telah dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik.

Related Articles

Back to top button