Nasional

KPKM sasar Jualan Agro Madani cecah RM39 juta

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan nilai jualan RM39 juta menerusi program Jualan Agro Madani.

Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hin berkata sehingga Ogos sebanyak 1,308 program telah dilaksana di seluruh negara dengan mencatatkan nilai jualan RM28.3 juta.

Menerusi program itu komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan sehingga 30 peratus.

“Sebenarnya ia merupakan satu langkah intervensi kerajaan untuk memastikan terdapatnya barang yang dijual pada harga yang berpatutan.

“Pada masa sama usahawan tani dia boleh terus jual kepada pelanggan kerana tidak perlu melalui orang tengah, penjimatan sehingga 30 peratus,” katanya selepas pelancaran Jualan Khas Agro Madani Bulan Kemerdekaan di Putrajaya.

Program Jualan Agro Madani merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan oleh KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Related Articles

Back to top button