Semasa

Parti dalam kerajaan sepakat perkasa ekonomi dan pelaburan

Semua 19 parti dalam Kerajaan Perpaduan mencapai kesepakat untuk Malaysia terus menumpukan perhatian kepada soal pemerkasaan ekonomi dan pelaburan.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Putrajaya, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook malam tadi, berkata langkah memperkasa ekonomi dan pelaburan itu penting bagi memastikan kehidupan rakyat akan lebih makmur dan sejahtera.

Selain itu semua parti dalam kerajaan turut komited dan beriltizam untuk memastikan negara terus stabil bagi meraih kepercayaan tinggi pelabur luar untuk datang ke Malaysia.

“Selain itu, Malaysia mesti terus mempertahankan identiti kemajmukan yang berteraskan negara bangsa yang progresif dan sederhana, bebas daripada sebarang anasir ekstremis yang mempolemikkan agama serta bangsa secara jumud yang memudaratkan,” tambahnya.

Selain itu, Asyraf Wajdi dalam hantaran sama turut memaklumkan, Sekretariat Kerajaan Perpaduan diberikan tanggungjawab untuk merencanakan program yang dapat memperkukuh lagi hubungan dan keserasian jitu seluruh warga parti Kerajaan Perpaduan hingga ke peringkat akar umbi.

Related Articles

Back to top button