Anwar

PM Anwar zahir penghargaan buat semua terlibat dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan buat semua yang terlibat dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2023 termasuk pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya, hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

“Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar,” katanya.

Menyifatkan sambutan kali ini cukup luar biasa, Perdana Menteri dalam catatan berbeza turut menghargai mereka yang terlibat dalam sesi perbarisan, pertunjukan udara dan persembahan sepanjang sambutan berkenaan.

“Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat.

“Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button