Nasional

Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara baharu – KSN

Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa 6 September depan.

Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Ahmad Terrirudin yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan bagi jawatan itu.

“(Ahmad Terrirudin) menggantikan Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September 2023.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Idrus Harun atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Idrus menerima lantikan semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan pada Mac lalu.

Related Articles

Back to top button