Anwar

PM Anwar makan tengahari dan solat Jumaat di Balakong

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama pengunjung di Restoran Qays di Jalan Medan Taming 3B Balakong, Seri Kembangan, Selangor.

Beliau yang tiba pada pukul 12.50 tengahari meluangkan masa kira-kira 30 minit menjamu selera serta beramah mesra dengan pengunjung di premis makanan itu.

Turut mengiringi beliau Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Fahmi Ngah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan seterusnya menyertai solat Jumaat di Masjid Taman Taming Jaya, Taman Industri Selesa Jaya, Balakong.

Solat Jumaat itu turut disertai kira-kira seribu jemaah dan kariah.

Related Articles

Back to top button