Uncategorized

Bentangan LKAN berkala bantu kukuh kedudukan CPI Malaysia – JPM

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) telah bersetuju supaya Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentangkan secara berkala dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi kenyataan memaklumkan, tindakan affirmatif itu yang diputuskan pada Julai lalu berupaya meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan menambah baik persepsi dunia terhadap Malaysia.

“JAN (Jabatan Audit Negara) akan sentiasa peka dan prihatin dalam menjalankan kuasa pengauditan untuk memeriksa dan menyiasat pengurusan wang awam dengan tumpuan kepada kepentingan rakyat dan akauntabiliti kementerian dan jabatan kerajaan terhadap wang pembayar cukai yang dibelanjakan.

“JAN akan terus menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi awam dan badan lain yang berkaitan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

Kenyataan itu sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan ringkas bersama warga JAN pada Jumaat yang memberi penekanan terhadap peranan JAN dalam menjaga tadbir urus dan akauntabiliti negara yang baik.

“Dalam usaha memartabatkan peranan Juruaudit Malaysia serta pengauditan sektor awam di persada antarabangsa, JAN telah pun memperkenalkan beberapa inisiatif baharu seperti mempelopori usaha untuk membangunkan standard pengauditan antarabangsa khusus dalam mengaudit syarikat kerajaan.

“Turut dilakukan, kaedah pengauditan penilaian kendiri (self-assessment auditing) secara rintis mulai tahun 2023 yang membolehkan pemantauan lebih menyeluruh dilaksanakan terhadap aspek tadbir urus dan kedudukan kewangan syarikat kerajaan di Malaysia.

“JAN juga menyumbang kepakaran melalui keanggotaan dalam ASOSAI Governing Board Member sejak tahun 2012 dengan Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi ASEANSAI Knowledge Sharing Committee sejak penubuhannya pada tahun 2011. nal pasti isu tadbir urus yang memerlukan penyelesaian jangka segera.

“Perdana Menteri seterusnya telah menzahirkan penghargaan atas usaha dan sumbangan warga JAN dalam memantapkan pengurusan kewangan sektor awam serta memperkukuh akauntabiliti dan integriti di kalangan penjawat awam,” jelas kenyataan tersebut.

Related Articles

Back to top button