Negeri

Kerajaan Selangor pelawa usahawan pohon skim Go Digital Hijrah

Usahawan di negeri Selangor yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka dipelawa memohon pembiayaan Skim Go Digital Hijrah.

Agensi kerajaan negeri, Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berkata, pihaknya kini membuka tawaran buat usahawan dengan pembiayaan sehingga RM50,000 mengikut syarat kelayakan ditetapkan.

“Skim Go Digital Hijrah Selangor diwujudkan untuk membantu peniaga mentransformasikan kaedah perniagaan ke arah digitalisasi melalui platform terkini dan moden.

“Dengan pemasaran perniagaan secara digital, ia dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian,” katanya menerusi Facebook.

Skim ini boleh dimohon melalui pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau hubungi 19 cawangan Hijrah.

Selain Go Digital, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan i-Bermusim.

Program tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.

Dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015, Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta sebagai pembiayaan mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi p membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

Antara syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia
Penduduk atau permaustatin di Selangor melebihi lima tahun
Mengundi di Selangor
Perniagaan sudah beroperasi
Mempunyai premis perniagaan khusus
Berumur 18 hingga 65 tahun

Related Articles

Back to top button