Pilihanraya

Suhaizat mahu teruskan legasi Salahuddin bantu Orang Asli Pulai

Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai tekad bagi akan meneruskan bantuan bakul Rahmah kepada masyarakat Orang Asli Kampung Temun.

Suhaizan Kayat berkata, selain legasi kebajikan dilakukan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau turut berjanji akan melaksana beberapa perancangan pembangunan sekiranya diberi mandat mewakili rakyat Pulai.

“Antaranya termasuk kemudahan lampu pada waktu malam dan pembinaan tempat berteduh pembaikan jeti bagi memudahkan mereka menaikkan tangkapan laut,” katanya kepada media ketika ditemui di Kampung Orang Asli Sungai Temun dalam siri kempennya.

Bekas Speaker DUN Johor itu turut berkata, isu pendidikan kepada anak orang asli antara keutamaanya. Ia adalah usaha penting bagi memastikan generasi komuniti ini tidak ketinggalan.

“Dari segi pendidikan anak mesti diberi motivasi pendidikan dan insentif untuk merangsang mereka pergi ke sekolah dalam menjamin masa depan lebih baik.

“Ini mengambil kira kedudukan kawasan ini yang terpinggir dari bandar dan jauh dari sekolah. Jadi perlu ada sesuatu dibuat untuk memberi semangat kepada anak-anak ini untuk ke sekolah,” ujarnya.

PRK dijadualkan berlangsung pada 9 September ini menyaksikan pertembungan antara Suhaizan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Related Articles

Back to top button